Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 Kelapan

maharaja lawak

Malam ini siapakah yang bakal ke peringkat seterusnya Maharaja Lawak Mega 2013. Nantikan jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD.

Nabil “Pecah Kepala” Tema Minggu Ini

“Sehingga kini saya masih tercari-cari idea menarik untuk persembahan malam ini. Rasanya kumpulan lain sudah bersedia dengan idea-idea hebat mereka. Masalah yang saya hadapi adalah tema minggu ini sangat susah dan “pecah kepala” untuk saya selitkan dalam persembahan.

“Lebih-lebih lagi saya bergerak secara solo jadi penggunakan prop amat terbatas. Saya sama sekali cuba elak guna idea yang sama seperti kumpulan yang lain. Memang undian minggu ini nampaknya berpihak kepada saya tetapi semuanya bergantung kepada persembahan saya pada malam ini,” jelas Nabil kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Nabil menolak andaian bahawa persembahannya sebelum ini adalah atas bantuan pihak juri yang turut terlibat sama setiap kali muncul di gelanggang MLM.

“Saya tidak menggunakan atau cuba mengambil kesempatan ke atas pihak juri. Persembahan saya melibatkan semua pihak iaitu penonton mahupun pihak juri. Jarang untuk saya gunakan prop sebab rasanya peminat dan pihak juri memang terhibur apabila saya lakukan persembahan ‘stand up comedy’.

“Seperti kata juri Sheikh Haikel, ‘stand up comedy’ adalah “makanan” saya. Jadi apa yang ada depan mata semuanya saya gunakan sebaik yang mungkin. Mungkin itu kelebihan yang ada pada saya. Cuma diharapkan minggu ini dengan masa tujuh minit yang diberikan dapat bantu saya untuk buat yang terbaik,” tambah Nabil lagi.

Siapa yang bakal tersingkir minggu ini? Atau mungkin ada kejutan? Teruskan mengundi dan menonton program MLM 2013 yang bersiaran setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Tonton Video Full Maharaja Lawak

Link 1

Link 2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *