Video Iklan Buah Jadi Pilihan Isteri Berbaur Lucah

buah jadi pilihan isteri

Video Iklan Buah Jadi Pilihan Isteri Berbaur Lucah

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat sebuah video iklan berbaur lucah yang kini tular di media sosial.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun golongan muda mungkin mudah terdedah terhadap bahan seumpamanya di Internet, tetapi ia sepatutnya dipantau pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.

“Zaman sekarang penerimaan mengenai produk atau iklan tersebut mungkin berbeza berbanding dulu. Tetapi sebagai menghormati budaya timur dan sensitiviti masyarakat Malaysia, ia tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum kerana boleh ditonton oleh generasi muda.

“Sehubungan itu, kita minta SKMM siasat video ini, dan meneliti dari segi kesesuaiannya. Kita berharap SKMM dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya lapor mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai iklan yang memaparkan dua pelakon sebagai suami isteri yang dikatakan mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki – berita selanjutnya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *