Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim nama putera TMJ

anak tmj

Putera Tunku Mahkota Johor yang selamat diputerakan hari ini diberi nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail.

Nama tersebut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, demikian menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyatan di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Abdul Rahim dalam satu kenyataan memaklumkan isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan seorang putera pertama hari ini.

Sementara itu, Facebook Johor Southern Tigers turut memuat naik catatan merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail dan isterinya.

Pada 25 Jun tahun lalu, Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah.

Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *