Tips Mengelakkan Rumah Dari Diceroboh Pencuri

TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH

Bila kes pecah rumah sering berlaku?

  • Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
  • Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
  • Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya


Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
  • Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.
  • Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
  • Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
  • Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
  • Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
  • (guna timer, alat kawalan waktu).
  • Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
  • Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
  • Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
  • Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
  • Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:

  • Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
  • Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
  • Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
  • Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.