TEMUDUGA SUKARELAWAN SIMPANAN PDRM DI KELANTAN MULAI 2 SEPT

konstabel polis wanita

TEMUDUGA SUKARELAWAN SIMPANAN PDRM DI KELANTAN MULAI 2 SEPT
Kota Bharu, 29 Ogos – Temuduga terbuka untuk pengambilan anggota sukarelawanan simpanan Polis Diraja Malaysia akan diadakan di Kelantan selama tiga hari mulai Selasa ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata terdapat 450 kekosongan di negeri ini.
Beliau berkata temuduga akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, IPD Machang dan IPD Gua Musang dari 2 hingga 6 Sept.

Mereka yang berminat boleh mendaftar nama di lokasi temuduga, katanya.
Sementara itu beliau berkata pihaknya akan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa tempat yang dikenal pasti sempena sambutan Ambang Merdeka.

“Akan ada pasukan untuk mencegah jenayah pada malam Ambang Merdeka untuk mengelak orang ramai daripada bertindak di luar batasan,” katanya kepada pemberita pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai/Anggota Pangkat Rendah dan Penyampaian Pingat Kebaktian Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM)di sini hari ini.
Sebanyak 68 anggota SSPDRM menerima kenaikan pangkat manakala 14 lagi menerima pingat kebaktian. – BERNAMA