Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2014

bonus

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54. Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.

Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum.

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2014

2 Januari 2014 (Khamis)

Kadar Pembayaran Bonus 2 Januari 2014

Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 yang ditetapkan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00.

Syarat Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2 Januari 2014

  • Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini dibayar kepada pegawai yang berkhidmat dalam tahun 2013 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.
  • Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini akan dibayar pada 2 Januari 2014.
  • Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2013 atau gaji akhir bulanan yang diterima pada tahun 2013.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *