Tarikh Hari Raya Aidiladha 2013

hari raya

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

15 Oktober 2013 adalah tarikh hari raya Haji (Aidiladha) di Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober, demikian selepas diumumkan secara rasminya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad

Pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidil adha 2013 itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Disamping itu beliau juga memberitahu bahawa 1 Zulhijjah jatuh pada hari Ahad, 6 Oktober

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *