Suami Suka Tengok Gambar Lucah Dalam Internet

Isteri resah suami sengkang mata tatap gambar, filem lucah

TEMPOH 23 melayari bahtera perkahwinan bukan satu jangka masa pendek. Pasangan yang hidup bersama dalam tempoh ini sudah tentu banyak merasai asam garam hidup. Sepatutnya makin lama hidup bersama tentu kasih sayang kian menebal.

Malangnya keadaan itu tidak berlaku kepada Zetty Aida dari Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dalam e-melnya kepada Kongsi Rasa, Zetty meluahkan rasa kesal terhadap suami yang mempunyai hobi luar biasa suka melayari laman lucah dan sikap lelaki itu yang mengabaikannya sebagai seorang isteri. Zetty menganggap rumah tangganya kini ibarat retak menanti belah.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah saya. Apa yang terpendam di dada saya kini hanyalah rasa sebak dan sedih yang teramat sangat. Rumah tangga yang dibina 23 tahun kini sudah retak dan hanya menunggu belah.

Saya tidak faham mengapa suami suka sangat tengok gambar lucah dalam internet. Jika apa yang dilayari itu berfaedah saya tidak kisah, tetapi yang menyebabkan saya geram, dia suka membuang masa melihat gambar dan filem lucah serta berbual dengan rakan siber.

“Kadang-kadang sehingga jam 5 pagi, dia masih menghadap komputer riba. Esok pagi boleh bangkit untuk ke tempat kerja. Apa yang saya tidak tahan ialah semua urusan rumah tangga diletakkan di bahu saya. Saya pun bekerja, sama-sama cari rezeki untuk ringankan beban perbelanjaan keluarga.

“Malangnya hanya saya yang terkejar-kejar menguruskan rumah tangga selepas balik kerja. Suami hanya tahu menghadap TV, tiada langsung perasaan untuk membantu saya. Kain baju tidak berlipat menggunung di sofa, dia sedikit pun tidak hiraukan.
“Apa salahnya jika suami turut membantu melipat kain berlonggok itu sambil menonton TV. Saya rasa itulah kerja paling ringan boleh dia bantu jika tidak mahu bersama masuk ke dapur. Bagaimanapun, harapan saya untuk melihat suami ringan tulang hanya tinggal angan-angan.

“Apa yang dia tahu duduk di meja makan bagai tuan menunggu saya persis orang gaji menyediakan hidangan. Kalau sebelah siang sibuk dengan aktiviti sendiri, malamnya saya mengharapkan belaian manja suami, tetapi hampa kerana dia menghabiskan masa melayari internet.

“Dia lebih gemar melihat gambar lucah daripada melihat isterinya sendiri. Sekiranya suami saya sudah tidak memerlukan saya lagi, lepaskan saya. Kenapa harus diseksa batin saya? Jika tidak suka dengan saya kenapa dia mengahwini saya dulu?”

Begitulah luka hati Zetty yang mengharapkan penawar untuk meleraikan kemelut yang bersarang di hatinya. Kalau diikutkan tempoh perkahwinan Zetty, Kak Ani agak usia suami dan Zetty mungkin pertengahan atau lewat 40-an.

Pada usia begini, sepatutnya Zetty dan suami mengecapi hidup bahagia berumah tangga dan berkeluarga serta sudah ada perancangan menghadapi hari tua. Kalau ada anak tentu sudah besar dan boleh membantu Zetty menguruskan rumah tangga. Untuk mengharapkan suami membantu, kalau minatnya tidak ada memang susah. Sesetengah lelaki menganggap kerja mengurus rumah tangga adalah kerja wanita. Lelaki jenis ini memang ada ego sendiri. Pantang mereka menerima arahan isteri untuk melakukan kerja rumah.

Sesetengahnya bukan tak tahu membuat kerja rumah, tetapi sengaja tidak mahu menunjuk pandai kerana pentingkan ego. Biasanya kalau dari muda suami tak pernah tolong isteri di dapur, sifat itu akan berkekalan sehingga tua.

Sepanjang 23 tahun hidup bersama, Zetty tentu kenal siap suami Zetty sebenarnya. Jadi tak wajar Zetty jadikan alasan tak bantu kerja rumah sebagai sebab untuk memutuskan hubungan yang sudah terikat lama itu.

Apa yang perlu Zetty fikir sekarang ialah bagaimana menangani masalah hobi suami yang suka lihat gambar dan filem lucah serta berbual di internet sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami. Zetty mesti berani berdepan dengan suami untuk berbincang perkara ini.

Jangan biar masalah berbekam di hati kerana yang merana Zetty sendiri. Kalau perlu mintalah bantuan orang disegani suami untuk memberikan nasihat.

Sepatutnya apabila meniti usia senja, seseorang itu tidak kira lelaki atau wanita semakin matang. Sudah ada peralihan daripada memfokuskan soal dunia kepada akhirat yang memerlukan kita menyiapkan bekalan amal dan iman.

Sebaliknya perkara itu tidak berlaku kepada suami Zetty yang tidak sedar diri sudah dimakan usia. Mengapa suami Zetty tiada perasaan malu melihat benda maksiat? Jawapannya mudah kerana dalam dirinya tidak ada pengisian ilmu agama, tidak jaga solat dan jiwanya masih kotor.

Sepatutnya dalam usia sekarang, suami Zetty ada perasaan malu untuk melihat gambar tidak elok di internet. Sebenarnya banyak maklumat berfaedah boleh dilayari di internet, tetapi mengapa suami Zetty pilih benda yang tidak berfaedah? Jawapannya tanyalah iman.

Walaupun belum ada akta menyekat penyebaran gambar lucah di internet, sebagai pengguna kita patut mengelak melayarinya. Kalau orang tua sama naik dengan golongan muda melayari gambar lucah, Kak Ani tak tahulah apa nak jadi dengan masyarakat kita pada masa depan.

Sepatutnya golongan tua menyekat gejala sosial itu daripada berkembang, bukan menjadi pendorong meningkatkan masalah itu. Mereka yang melayari gambar demikian lebih memenuhi tuntutan hawa nafsu hingga lupa bahawa perbuatan itu berdosa dan sama seperti berzina.

Suami Zetty perlu diberi kesedaran mengenai perkara ini yang dianggap penyakit jika terus dibiarkan. Sebagai isteri, Zetty kena kaji balik penampilan diri yang mungkin gagal menarik ‘selera’ suami. Sebagai wanita berkerjaya, Zetty tak boleh menjadi wanita ‘super’, semua kerja rumah hendak dilakukan sendiri.

Kak Ani sarankan Zetty usah terlalu memaksa diri. Kerja rumah buat sekadar yang termampu. Dalam pada itu jangan lupa perbaiki penampilan diri terutama jika berada bersama suami. Beri layanan mesra seperti baru berkahwin dulu.

Carilah jalan untuk mengubat hati dengan meningkatkan ilmu seperti menyertai kelas dan kuliah agama di masjid atau kegiatan persatuan wanita, tetapi dapatkan dulu keizinan suami.

Kak Ani sarankan Zetty cuba pertahankan rumah tangga ini. Perbanyak sabar dan menahan kemarahan kerana ia sebahagian daripada iman. Tunjukkan contoh yang baik dengan meningkatkan amal ibadat dan berdoa kepada Tuhan supaya dibukakan pintu hati suami untuk menyedari kesilapannya.

Jangan abai layanan mesra terhadap suami, mana tahu berkat kesabaran dan doa ikhlas seorang isteri yang mahu melihat suami berubah akan dimakbulkan tuhan. Menuntut perceraian bukan jalan terbaik.

7 thoughts on “Suami Suka Tengok Gambar Lucah Dalam Internet”

  1. Salam,
    Saya Roslan dari Pahang.dari cerita Pn Zetty dan penerangan dari kak Ani di atas tadi saya adalah salah seorang dari tabiat suami Pn Zetty td.Tapi saya tidak mengabaikan isteri dan anak saya.isteri say sentiasa saya sayamgi sampai bila bila dan akan sentiasa cuba untuk menjadi suami yang terbaik dari segi zahir dan batin.Di sini saya cuba untuk berkongsi pendapat atau pandangan dari apa yang saya rasa.Dari penilaian saya mungkin suami Pn Zetty tidak dapat kepuasan yang dia mahukan dari perhubungan bersama Pn ataupun dia sudah menjadi kebiasaannye tiap kali mesti untuk melayari internet lucah.Saya sarankan agar Pn.bersama sama suami Pn untuk melayari internet bersama dan cuba tarik perlahan lahan membawa suami Pn ke tmpt tidor. Lelaki perlukan belaian dan rengekkan dari wanita untuk menjadikannye cair tetapi harus dengan bersopan dan berlemahlembut.Tiap tiap kali dia melayari internet lucah cubalah pn bersama dengan dia dan cubalah membawa suami pn ke ranjang kerana apabila suami pn melayari internet beliau akan teransang dan mudah untuk pn menggodanye.Tapi segalanye terserah pada Yang Maha Kuasa kita hanya merancang dan berusaha.cuma saya harap pn kena banyak bersabar dan jangan putus asa.kerana ALLAH bersama orang orang yang sabar.Banyakkan berdoa dan doa bukan hanya selepas solat sahaja.cari lah Ustaz ataupun guru agama yang diiftiraf oleh Jabatan agama untuk mencari doa doa yang baik untuk kebaikan suami dan keluarga Pn.

    Terima Kasih
    Roslan.

  2. Salam,
    Suami saya pun lebih kurang sama perangai macam suami Pn Zetty tu. Tapi perkahwinan kami baru je 3 tahun dan belum ada anak. Dia ni pulak suka menghabiskan masa diluar dengan memberi alasan banyak kerja. Bila time balik mulalah nak kata letih. Yelah, kalau suami dah kata penat tak sampai hati pulak nak ajak dia ke ranjang kan. Usia perkahwinan kami terlalu muda untuk dia bertindak dingin kat dalam perhubungan suami/isteri. Semua kerja rumah saya kena buatkan dan pada masa yang sama saya juga bekerja dan menanggung perbelanjaan dirumah, kereta dan sebagainya. Gaji dia sedikitpun saya tak pernah usik sebab nak dia menyimpan untuk masa depan kami. Saya rasa macam tak pernah berkahwin sebab suami saya sendiri layan saya sebagai room-mate dia je. Bila nak berbincang dia cepat2 pergi tidur atau mata melekat kat TV atau tengok Youtube. Jiwa saya macam memberontak dan mengajak saya untuk berniat curang pada suami untuk mendapatkan belaian kasih sayang dari orang lain. Saya dah sayangkan suami dengan sepenuh jiwa dan melayan dia bagaikan raja. Tapi ini juga balasan yang saya terima dan hari-hari mesti kena marah. Hati ini hari demi hari semakin retak bagaikan kaca tunggu masa untuk berkecai je. Perkara yang selalu bermain difikiran adalah..”selamatkah perkahwinan kami ini nanti? haruskah saya terus hidup bersama dia?”. Suami saya mempunyai keegoan yang sangat tinggi. Kami kenal hanya setahun dan terus bercadang untuk mendirikan masjid bersama-sama dengan berhasrat bercinta dan mengenali dia dengan lebih dalam selepas nikah. Tapi semuanya itu adalah kesilapan besar dalam kehidupanku.

  3. Kami da berkawin selama 28 thn. Tp suami suka tengok gambar lucah, sex. Sy malu ngan ank2..kekadang dia lupe nak off laptop. Bile ank nak gunakn ternampak gambar tak senonoh. Suami sy berumur 55 thn. Da ade cucu pon.sy tegorkn perangai nye. Dia marah ngan sy sampai skarang tak bercakap. Bile sy tnye dia membisu. Sy bukan tak mampu nak layan dia atas ranjang tp dia kata dia tak kuat…lembek. sy suro dia mkn obat atau tonic yg merangsangkn sex..tp tak mau. Klau sama2 tengok ngan sy takpe. Ni…bile sy dtg nak tengok dia off. Kan pelik..malaikat tak masok dlm rumah klau kite tengok gambar lucah tiap2 mlm. Hanya doa dr Allah yg sy minta…supaya dia buang tabiat mcm gini.insyaAllah

  4. Dalam usia muda dan perkahwinan yang boleh dianggap trlalu awal ni membuatkn saya rasa serba salah…sy berumur 21 thn dan suami 25…kami baru shja mndirikn rumahtangga kami pd bulan 3 2017 baru2 ni…biasa la org cakap ..sebelum kahwin berjanji sumpah setia…seleps kahwin baru kita akan tahu perangai sebenar…
    Suami suka tengok vdeo lucah dan gambar yang xsepatutnya…puas saya tego..saya asingkn diri…saya bersabar…tetap jugak dia dengan video lucah..saya rasa kecewa…dia hanya mampu ucapkn janji..tapi tdk mampu melakukanya…apa yang dijanjikannya apa pn tidak jalan…
    Dia lebih puas dengan vdeo lucah dia berbanding saya..apa saya cakap xpernah masuk dalam kepala…macam angin lalu…hanya mendengar tapi tidak mampu berfikir..tidak mampu menerima…saya pernah bertengkar sehingga ingin lari keluar dari rumah..tapi sikit pown xbuat dia berubah…memang dia buang laman sosial spt wechat dll melainkan fb dan wasap sahaja ..itu pun sebab dah kantoi berchatting dengan entah pelacur mana yang menawarkan servis..alasanya itu dia chatting dengan gay…n dia cakap tak ada nafsu nak layan gay tapi masih meneruskan chatting…what the fool idea that he thinking…saya check private picture penuh gamba n vdeo seks..check intrnet history…check opera mini history…smpai rasa jijik…allahuakhbar…sampai saya rasa berdosa nak biarkn suami saya…semalam dah tgo tapi …xberganjak…ap lagi saya nak buat selain doa…berbincang secara berdepan dia main2…berbincang dalam whatsap dia cakap saya mengungkit…hanya allah sahja yang boleh bantu orang mcm ni…diri sendiri xnak berubah..xnak cuba ubah…sikit pown xcuba…smoga allah bagi dia satu teguran spya dia bertaubat ….aamiin

  5. Ya allah sama la suami saya dulu masuk group lucah smpai saya gadoh dan dia dh tggal kan..skrg guna opera mini tuk layan lucah tu sakit hati saya sakit dan jijik pun ada..td saya gadoh lagi sbb saya nak padam opera mini tu dia sampai marah saya kata anak haram dan pijak kpla saya mengatakan istri kena ikut kata suami ibarat kaki ni surga saya..saya sedih dan tadi menangis tapi saya tetap tantang kemauan dia..dia kata saya kampungan taktau skrg model canggih..saya kata kat dia canggih jgn smpai di salah guna saya doa depan dia td yaallah buka kan lah pintu hati suami saya..dia boleh kata klu hang rasa hang baik hang pakai tutup aurat semua tutup muka hang smua kata nya..ya allah hnya allah saja tau mcm mana saya td rasa nak tggalkan hidup dia..dia smpat cakap elok nya hang mampus cepat kata nya..sbb saya ada anak 2 fikir panjang..dan dia kata kat saya kalau tak pasal anak2 aku dah tak boleh tahan ngan saya..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *