Sitkom Salon-Komedi Yang Mencuit Hati

Sitkom Salon menceritakan ibu tunggal bernama Salma Haron membuka salon rambut dan kecantikan di premis perniagaan milik Ujang. Malah Salon sendiri adalah singkatan nama Salma Haron.

Salma mempunyai dua anak, Ema (Anith (Aqila) dan Ramzi (Kamal Adli). Sungguhpun becok dan nampak tegas di hadapan anaknya, sebenarnya Salma amat menyayangi dan mahukan yang terbaik untuk mereka.

Dalam pada itu, dia sendiri berasa sunyi tanpa teman hidup. Sungguhpun di hadapan rakan-rakannya dia berbangga menjadi ibu tunggal, dia selalunya akan mencari peluang berkenalan dengan lelaki yang mampu menjadi teman hidup.

Tetapi selalunya ada saja masalah yang muncul sehingga menimbulkan pelbagai situasi yang melucukan.

Ujang ada hati pada Salma dan selalu ke salon itu dengan pelbagai alasan untuk bertemu ibu tunggal itu. Ini kerana dia tidak boleh menggunakan alasan untuk menggunting rambut kerana dia botak. Konflik lain dicipta menerusi watak Ema dan abangnya yang berminat dalam bidang kecantikan tetapi Salma tidak benarkan kerana bimbang Razif akan menjadi ‘lelaki lembut’.

Watak lain mengecohkan lagi salon Salma adalah Mat Cam (Idlan Raja Lawak), Hanim (Marsha), Aida (Nora Danish), Andi (Zain Saidin) dan Maria (Liza Zain). Cat Farish pula dijemput mencipta lagu tema untuk sitkom yang turut dinyanyikan oleh kumpulannya Fabolous Cat.

Salon bersiaran setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Warna (saluran 132) mulai 6 Oktober. Salon diterbitkan 13 episod dengan setengah jam pada setiap episod.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *