Sinopsis J Revolusi Filem Aksi 2017

j revolusi

Filem bergenre aksi yang memaparkan kehidupan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) bertajuk J Revolusi dibarisi oleh beberapa pelakon terkenal tanah air antaranya Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra dan ramai lagi. Filem ini telah diarahkan oleh pengarah terkenal masakini iaitu Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Infinitus Productions & Grand Brilliance.

Sinopsis J Revolusi

J Revolusi mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Jay Zulkarnain merangkap ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukan yang dipimpin olehnya sangat ditakuti oleh para penjenayah kerana kepakaran yang ada pada mereka apabila berhadapan dengan pihak musuh.

Konflik bermula apabila adik perempuan Jay iaitu Dian merangkap ejen telah ditangkap oleh pengganas misteri. Ketika mahu menyelamatkan adiknya, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Dari situlah munculnya bermacam-macam insiden dan konflik yang menghantuinya.

Tonton Full Movie J Revolusi 

Ingin tonton Full Movie filem ini. Jangan lupa untuk menyaksikan filem yang bertajuk J Revolusi di panggung wayang yang berhampiran dengan rumah anda mulai 2 Mac 2017 ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *