Senaman Kemutan ( Kegel ) Bagus Untuk Wanita

senaman kegel

Amal Senaman Kegel (Senaman Kemutan)

Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran.

Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota  perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.

Faraj Anda Longgar?… DAPATKAN V GRIP SERUM PENGETAT MISS V!. Klik sini!

Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, perasaan kurang selesa akan berlaku.

Bagi wanita  jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.

Kelebihan amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk!Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan silaturrahim dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan

Faraj Anda Longgar?… DAPATKAN V GRIP SERUM PENGETAT MISS V!. Klik sini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *