Semakan Keputusan rayuan ke IPTA Lepasan STPM 2013

semakan keputusan

Semakan keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Morshidi Sirat berkata, calon boleh membuat semakan keputusan di http://upu.mohe.gov.my,http://www.jpt.utm.myhttp://jpt.uum.edu.myhttps://jpt.unimas.my  danhttp://jpt.ums.edu.my.

Beliau berkata, mereka juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA denganmenghubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-88706755/6766 atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [Nombor kad pengenalan] dan hantar ke 15888.

“Calon juga boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmimenerusi laman web rasmi IPTA berkaitan mulai hari ini,” katanya dalam kenyataan hari semalam.

Morshidi berkata, Kementerian Pendidikan tidak pernah melantik mana-mana ejenatau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan ke IPTA.

Beliau berkata, semua pengurusan pengambilan diselaraskan oleh BahagianPengurusan Kemasukan Pelajar,  Jabatan Pengajian Tinggi dengan mengguna pakaidasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.

“Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlakuselepas pendaftaran pelajar baharu di IPTA,” katanya.

Beliau berkata keputusan rayuan adalah muktamad, sekiranya tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA sehingga 30 Sept, maka rayuan hendaklah dianggap gagal. – [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *