Selangor Vs Kedah Suku Akhir Pertama Piala Malaysia

Selangor akan cuba mencari bekalan selesa pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Jurulatih Red Giants, P Maniam menjelaskan ia penting bagi menghadapi aksi timbal balik di Stadium Darul Aman pada 24 September nanti.

Sambil mengakui Kedah adalah pasukan terbaik, Maniam tetap menuntut barisan pemainnya supaya turun tanpa tekanan apabila berdepan juara bertahan Piala Malaysia itu.

“Kami akan cuba cari gol sebagai bekalan untuk suku akhir kedua nanti dan pada masa sama, kami perlu mengelak daripada dibolosi.

“Selangor dibarisi pemain muda berbanding Kedah yang memiliki tonggak terbaik. Jadi mungkin tekanan dirasai mereka lebih tinggi.

“Saya menaruh kepercayaan dengan kemampuan dan semangat juang tinggi semua pemain, cuma saya harap mereka akan beraksi dengan baik tanpa sebarang tekanan,” kata Maniam sambil mengharapkan penyokong Selangor membanjiri stadium.

PERTEMBUNGAN Red Giants dengan Helang Merah pasti menjadi tumpuan selepas ia dianggap sebagai ulangan final Piala Malaysia musim lalu. – Foto Hasriyasyah Sabudin
Pertembungan Red Giants dengan Helang Merah pasti menjadi tumpuan selepas ia dianggap sebagai ulangan final Piala Malaysia musim lalu yang menyaksikan Selangor tewas menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Lebih menarik, sepanjang dua aksi musim ini dalam saingan Liga Super, mereka terikat 1-1, sekali gus membuktikan kedua-duanya memiliki kekuatan tersendiri.

Namun bagi Maniam, keputusan sebelum ini sudah menjadi sejarah dan Selangor perlu menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

“Keputusan sebelum ini sudah berlalu dan kami perlu bermula dengan kosong bagi perlawanan esok. Jadi kami perlu mendapatkan keputusan positif terutama apabila beraksi di Selayang,” katanya.

Live Streaming Selangor Vs Kedah. Sila Klik Like untuk unlock video[viral-lock]
Maaf tiada live streaming. Sila datang ke stadium Selayang atau buka TV9untuk menonton perlawanan ini
[/viral-lock]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *