SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online 2019

saps ibu bapa

Semak Keputusan Peperiksaan Online SAPS 2020

SAPS Semakan Ibu Bapa merupakan aplikasi semakan ibu bapa untuk menyemak slip peperiksaan anak jagaan mereka.

Melalui aplikasi saps, ibu bapa boleh semak keputusan peperiksaan, kedudukan kelas terkini sekolah rendah dan menengah dan tarikh kemasukan markah

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [SAPS]

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah.

Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah.

SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).

Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sistem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya.

Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas.

Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ).

Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.

Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini 2020

Ibu bapa kini boleh memantau prestasi dan perkembangan anak mereka serta dapat memuat turun keputusan peperiksaan 2018 anak mereka dengan pantas dan mudah.

Senarai keputusan peperiksaan 2018 yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA

– Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
– Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Untuk membuat semakan keputusan secara online. Ibu Bapa atau penjaga boleh ikuti langkah di bawah

1. Sila ke halaman LOGIN untuk anda ke pautan menu utama sistem semakan online. Anda akan dapat melihat dua pilihan untuk ke sistem SAPS iaitu Login SAPS Ibu Bapa dan Login SAPS Guru.

Ibu bapa atau penjaga boleh buat pilihan Login SAPS Ibu Bapa dan klik ke pautan yang diberikan untuk ke Sistem SAPS NKRA ini.

2. Setelah anda melayari halaman LOGIN dan klik ke pautan yang diberikan, Ibu Bapa atau penjaga murid akan di bawa ke laman web sistem semakan SAPS seperti paparan seperti di bawah

3. Ibu bapa atau penjaga pelajar perlu memasukan beberapa butiran yang diperlukan di ruangan yang disediakan untuk semak keputusan ujian pelajar. Ruangan yang perlu diisi seperti berikut:

No Kad Pengenalan atau Sijil Lahir
Masukan no Kad Pengenalan atau Sijil Lahir pelajar tanpa (tanpa dash “-” atau space)

Pilihan Sekolah
Sila tandakan pilihan sekolah samada sekolah rendah atau menengah

Kod Pengesahan
Masukan kod pengesahan yang diberikan. Isikan kod dengan teliti dan betul

Klik Butang Semak
Apabila anda dah melengkapkan rbutiran yang diminta, sila klik butang semak dan butiran pelajar/murid akan dipaparkan

Pilih Jenis Peperiksaan
Untuk melihat keputusan peperiksaan, sila pilih jenis peperiksaan pelajar/murid samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya

Klik Papar
Terakhir sekali, sila klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan

Sistem SAPS Ibu bapa ini membantu ibu bapa atau penjaga pelajar memuat turun keputusan peperiksaan anak mereka dengan pantas dan mudah.

Secara tak langsung merancang program pembelajaran anak-nak mereka di rumah dan memantau prestasi anak-anak mereka dalam akademik.