SABRINA BENEETT MISS UNIVERSE MALAYSIA 2014

Sepuluh finalis telah menyarungkan

Bakal graduan berkulit hitam manis kelahiran Perak, Sabrina Beneett, 23 telah dimahkotakan gelaran Miss Universe Malaysia 2014 pada acara peringkat akhir pertandingan ratu cantik itu di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam malam tadi.
Sabrina telah menumpaskan saingan terdekatnya Lalitha Monisha,20 dari Sabah yang disebut-sebut mampu membawa pulang gelaran berkenaan.

Beliau telah membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 termasuk hadiah sampingan lain dan tidak ketinggalan mahkota indah yang diidam-idamkan oleh 19 peserta akhir Miss Universe Malaysia musim ini.

Kelihatan wajah Sabrina bagai tidak mempercayai kemenangan berpihak kepadanya selepas bekas ratu tahun lalu, Carey Ng menyarungkan mahkota kejayaan di atas kepalanya.

Ini bermakna, Sabrina akan mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2014 pada penghujung tahun depan.

Sabrina juga akan sibuk menghadiri banyak aktiviti kemanusiaan, amal, fesyen dan kecantikan sebagai persediaan ke acara gilang-gemilang berkenaan.

Tempat ketiga telah dimenangi Kausalya Ida dari Kuching, Sarawak yang turut mendapat perhatian ramai dengan bentuk badannya yang menawan.

Sepuluh finalis telah menyarungkan gaun malam rekaan pereka fesyen Syomir Izwa dan segala penganjuran telah dikendalikan oleh Penasihat dan Mentor Miss Universe Malaysia, Elaine Daly.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *