Resipi Rendang Udang Galah Chef Wan

Resipi Rendang Udang Galah Chef Wan

BAHAN-BAHAN

Minyak 4 sudu besar
Udang galah sederhana/udang air tawar 1 kg, dibersihkan, dibuang janggut dan ekor
Bawang merah 500 g dikupas dan dihiris halus
Halia 4 cm, dikupas dan dihiris halus
Serai 4 batang, dikupas dan dihiris halus
Daun kunyit 1 helai, dihiris halus
Cili kering 20 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan, kemudian dibuang biji danditumbuk kasar
Santan pekat 750 ml
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa

CARA
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan udang dan bahan-bahan lain ke dalam.
Masakkan dengan api yang sederhana sehingga kuah mendidih.
Perlahankan api dan teruskan renih di atas api yang perlahan.
Apabila kuahnya pekat, letakkan di atas pinggan dan hidangkan.
Hiaskan dengan daun kunyit yang telah dihiris halus.

Datuk Redzuan Ismail, dikenali sebagai Chef Wan, adalah Duta Makanan Malaysia. Beliau akan berada di hotel butik 5-bintang Jakarta, The Dharmawangsa, dari 21hb Julai 21 ke 28hb Julai di mana beliau akan menghidang sajian istana untuk Pesta Makanan Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Chef Wan, layari www.gtalent.my