Resipi Rendang ayam Minang

Resipi Rendang ayam Minang

Pedas dan pekat amat sinonim dalam masakan masyarakat Minang dengan penggunaan cili padi yang menjadi satu kemestian dalam hampir setiap hidangan.

Namun, kebanyakannya mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan tumisan berikutan banyak bergantung kepada rasa pedas cili padi.

Menurut Chef Sous Eksekutif di Hotel Lexis, Chef Shah Eran Nasruddin, masyarakat Minang gemarkan hidangan mudah dan ringkas.

“Justeru, ada beberapa hidangan tradisi Minang tidak perlu menggunakan bahan tumis seperti bawang putih dan bawang merah, cukup sekadar cili padi, santan, kerisik dan kunyit.

Cara-cara memasak

1. MASUKKAN air. Biarkan hingga mendidih dan masukkan ayam. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.

2. GAULKAN dengan kunyit dan biarkan ayam seketika. Tambahkan daun kunyit dan daun selom.

3. MASUKKAN garam, gula dan sedikit serbuk perasa.

4. MASUKKAN santan dan kacau rata. Biarkan seketika.

5. PASTIKAN ayam empuk barulah dimasukkan kerisik. Sentiasa pantau masakan. Pastikan ia dikacau atau digaul secara kerap.

6. SIAP untuk menjamu selera.

“Hidangan rendangnya juga tidak memerlukan tumisan malah tidak memerlukan masa lama untuk menyediakannya,” katanya.

Rendang ayam Minang antara contoh mudah penyediaan hidangan ringkas masyarakat Minang. Digelar hidangan tumis laut, rendang ayam ini cuma dimasak bersama cili padi, serai, santan dan kunyit.

Tempoh memasaknya pula kurang daripada 30 minit dan tidak perlu menunggunya sehingga kering.

“Tapi ia juga bergantung kepada selera masing-masing. Jika inginkan rendang kering, boleh dimasak lebih lama dengan keadaan api konsisten. Biasanya rendang ayam Minang dimasak dalam tempoh singkat lalu dinikmati bersama nasi atau lemang,” jelasnya.

Berikut dititipkan cara menyediakan hidangan enak ini. Sumber resipi harianmetro.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *