Resipi Ramadan Ayam Rendang Special Dari Chef Anis Nabilah

Chef selebriti yang semakin popular, Anis Nabilah sedia kongsikan petua dan resipi sihat untuk anda sekeluarga. Chef Anis Nabilah berkongsi resipi untuk Ayam Rendang.

Bahan-bahan:

1 biji Bawang Kuning
5 ulas Bawang Merah
8 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
10 biji Cili Padi
2 cm Kunyit Hidup
2 cm Lengkuas
5 batang Serai
2 sudu besar Grape Seed Oil
5 sudu besar Cili Giling
6 helai Daun Limau Purut
1 helai Daun Kunyit
1 kg Ayam
½ cawan Santan
2 sudu besar Gula Melaka
1 sudu besar Kerisik
Garam secukup rasa
Daun Kunyit untuk hiasan

Cara Menyediakan:

• Kisarkan bawang kuning, bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, kunyit hidup, lengkuas, serai serta sedikit grape seed oil, kisarkan sehingga lumat.

• Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam kuali.

• Masukkan sedikit air dan cili giling.

• Hidupkan api dan gaulkan sehingga rata.

• Cincang daun limau purut dan daun kunyit.

• Masukkan ayam dan santan.

• Masukkan sedikit gula melaka.

• Masukkan kerisik ke dalam rendang tersebut.

• Garam secukup rasa.

• Taburkan daun kunyit ke atas rendang.

Sumber : http://health.mylaunchpad.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *