Resepi Udang Goreng Butter

Udang Goreng Butter

Bahan A:
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B:
3 camb. tepung jagung
1 camb. serbuk kari ikan

Bahan C:
3 biji telur kuning
1 camb. susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camb. butter

1 camb. bawang putih- dicincang
2 camb. cili padi – dicincang
1 camb. daun kari-dicincang
2 camb. butter

Bahan perisa: 1 camb. sos tiram
1/2 camb. gula
1/4 camb. serbuk lada hitam

Cara-caranya
1. Bersihkan udang, buangkan kaki dan keringkan air dengan gunakan kitchen
towel.Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
2. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperapkan tadi. Gaul
rata. Goreng terendam udang tadi secukup masak dan tuskan minyak.
3. Panaskan kuali, masukkan butter. Campurkan bahan C dan pukul rata.
Masukkan bahan C ke dalam kuali tadi. Kacau campuran bahan C tadi dengan
cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup.Angkat dari
kuali.
4. Panaskan kuali dengan 2 camb. butter. Gorengkan bawang putih, cili padi
dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan
bahan perisa. Gaul rata. Akhir sekali masukkan telur goreng tadi . Gaul
ratadan terus hidangkan semasa panas.

Penerangan lanjut:
(1) Udang sedap yang kulit nipis.
(2) Untuk dapat serbuk telur berurat macam kat restoran tu , masa goreng
sentiasa pukul dengan pemukul telur laju-laju. Kalau tak telur tu
berketul-ketul. Tak nampak sedap nanti.

1 thought on “Resepi Udang Goreng Butter”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *