Resepi Sup Ikan Merah

resepi sup ikan merah

Resepi Sup Ikan Merah

Bahan-bahan
3 keping ikan merah (ikan lain pun boleh) nak guna kepala shj pun boleh!!
1 sup bunjut ikan daripada adabi *
3 ulas bawang putih yang dimayang *
5 ulas bawang merah yang dimayang *
1 batang serai yang dititik / ketuk
3 kuntum bunga lawang *
3 biji buah pelaga *
3 biji cengkih *
1 batang kayu manis *
2 inci halia yang diketuk *
1 biji tomato yang dibelah empat
1 pokok daun sup yang dimayang
1 pokok daun bawang yang dimayang
1pax perencah sup (dicampur air @ terus tabus atas minyak pun blh)

Cara-cara
Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi
Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda, setelah air menggelegak, masukkan ikan
masukkan garam atau perasa jika suka. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi. sedia untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas2.
Sedap!!!

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *