Resepi Soto Ayam

SOTO AYAM ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN A : (untuk kuah soto)
– 3 sudu ketumbar
– 1 sudu jintan mains
– 1 sudu jintan putih
– 2 biji buah keras
– 3 batang serai
– 1 inci halia
– 1 inci lengkuas
– 10 biji bawang kecil
– 5 ulas bawnag putih
* kesemua bahan ini diKISAR HALUS.

– Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih.

CARA MEMBUAT:
– Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
– Kemudian masuk bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumiskan hingga garing.
– Masukkan pula air rebusan ayam.
– Masak sehingga mendidih.

CADANGAN HIDANGAN :
– Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun atau mi.
– Lebih menarik selera jika dihidangkan beseta sedikit tauge, bawang goreng, daun sup, begedil ayam dan ayam yang disiat kecil. (ayam rebusan tadi)

BAHAN BEGEDIL KENTANG :
– 1 kg kentang (digoreng dan ditumbuk)
– 100 gm daging (direbus)
– Sedikit daun sup
– Bawang goreng
– Serbuk lada putih
– 1 biji telur
– Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT :
– Daging yang sudah direbus tadi dicincang halus.
– Gaulkan semua bahan tadi.
– Kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian.
– Pukul 1 biji telur.
– Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelupkan dalam telur
– Goreng hingga garing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *