Resepi Rendang Ayam

Selamat Hari Raya Haji 2015. Tengah mencari resepi rendang kan? Sila tekan like atau tweet untuk dapatkan resepi rendang paling sedap untuk Hari Raya Aidiladha 2015.

Bahan-bahan

Ayam 1 1/2 kg – potong kecil
garam

[viral-lock]

Bahan Kisar/Giling /Blender

20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)

1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) – (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
2 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik – (di supermarket ada jual ‘sweet grated coconut’ – goreng setengah bungkus – tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan minyak)

Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit – panaskan api (med. hi) atau agak-agak

Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)

Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)

Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).

Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium)

Selepas dalam 15 minit boleh  decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau anda mahukan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api dan boleh dihidangkan.

Koleksi sumber Resepi Mmasakan Melayu layari http://www.resepimasak.com/

[/viral-lock]

5 thoughts on “Resepi Rendang Ayam”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *