Resepi Rendang Ayam Istimewa

Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan

– 1 ekor ayam-potong 12-16 ( guna ayam kampung lagi sedap..kalau ayam tua pun sedap juga..kalau daging-potong kiub yer..jangan besar..jgn kecik sgt.

– 20 batang cili kering – ikut kepedasan masing-masing

– 2 sudu besar jintan manis

– 2 sudu besar biji ketumbar

– 1/2 sudu besar jintan putih

– 1 sudu besar lada hitam

– 15 biji bawang merah

– 8 biji bawang putih

– 1 inci lengkuas

– 2 inci kunyit hidup

– 6 batang serai

– 3 batang serai-tumbuk hujung

– 3 helai daun kunyit-siat dan simpul

– 1kg santan kelapa

– 2 cawan air

– 4 sudu makan kerisik

– sedikit minyak

garam dan sedikit air asam jawa

Nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer

Cara menyediakannya

1. Sangai bahan-bahan bertanda @ dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

RESEPI: www.kakinakl.com

1 thought on “Resepi Rendang Ayam Istimewa”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *