Resepi Pau Goreng (Inti Kacang Merah)

pau goreng

RESEPI PAU GORENG (INTI KACANG MERAH)
Bahan-Bahan:
Bahan Pau:
( **nk bnyak gandakan adunan**)
250 gm tepung gandum
5 gm yis segera
20 gm shortening/marjerin
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
40 gm gula halus
1 sdb susu tepung/ susu manis
110 gm air biasa( tuang skit2 ya )

Cara Membuat:
1. Untuk membuat kulit pau pula, masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 10-15 minit.
3. Bentuk doh bulat2 setiap satu menjadi 40gm… Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
5. Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.
6. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya. Goreng sehingga warna keperangan.
Bahan Inti kacang merah
250 grm kacang merah. (Rendam smlman)*kalau ada pressure cook tak perlu rendam smlmn pun tkpe….
pastikan masukkan air yg agak bnyk yer*.
1 ketul gula melaka
gula @sesuai selera.
Secubit garam.
[email protected]
[email protected] sudu minyak jagung/ minyak masak
Daun pandan.
3 sudu mkn tpg gandum.
Cara2
Rebus kacang merah sampai lembut.matikan api &biarkan sejuk sbntr.masukkan kacang merah tadi dlm blender masukkan bersama lebihan air rebusan tadi& blend sampai agak2 halus.Kalau agak2 tak cukup air masukkan sdkt lagi air.masukkan dlm periuk kacang merah yg dah siap blend tadi bersama2 gula ,garam&daun pandan &baki air tadi.
masak sehingga pekat.masukkan tepung gandum.kacau sebati.bila adunan kacang merah dah agk pekat masukkan minyak jagung.kacau sebati.Siap
.
.
Selamat mencuba….