Resepi Nasi Ayam

Seperti yang diketahui ramai, Nasi Ayam adalah antara makanan kegemaran rakyat di negara kita. Susah untuk kita rasa jemu menjamah Nasi Ayam ini. Dibawah ini Resepi Nasi Ayam yang boleh anda cuba.

Bahan-Bahan Nasi Ayam
9 ulas bawang putih – dikisar
4 inci halia – dikisar
4 tin susu beras
4 tin sup ayam
2 helai daun pandan
majerin/butter
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara
1. Tumis bwg putih, halia dgn majerin.
2. Lepas naik bau, masukkan sup ayam,daun pandan, serbuk kunyit dan beras. Tunggu hingga masak.

SUP AYAM
1 ekor ayam dipotong ikut suka
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 inci kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
2 cengkih
garam
air

Cara
1. Tumis halia dan bawang putih yang telas dihiris halus.
2. Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih.
3. Masukkan ayam dan goreng selama 5 minit.
4. Masukkan air dan garam secukup rasa.
5. Biar masak dan simpan 4 tin sup ayam untuk digunakan untuk memasak nasi ayam.
6. Keluarkan ayam untuk digoreng

SAMBAL CILI
10 tangkai cili merah
2 bawang putih
2 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Cara
Blend semua bahan

Kicap
200 gm hati dan pedal ayam
sedikit minyak
2 mangkuk kicap
gula secukup rasa

Cara Memasak :
Goreng hati dan pedal ayam dan campurkan kicap dan gula

Ayam
Ayam yang telah dimasak sup ditoskan drp supnya
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap & 3 sudu besar sos lada hitam

Cara Memasak :
Campurkan semua bahan, perap sebentar dan goreng ayam shingga berwarna keemasan

3 thoughts on “Resepi Nasi Ayam”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *