Resepi Ikan Sweet Sour

Bahan-bahan :
Seekor ikan siakap/bawal hitam/kerapu dll.

Bahan tumis:
3 biji bwg putih- hiris
Halia muda (saiz ibu jari)- dihiris memanjang

Bahan sos:
Sos tomato 3-4 sudu besar
Sos cili 2 sudu besar
1 cawan air (terlalu pekat tak sedap…lebih kuah lebih sedap! So, agak2 arr ikut selera)

Bahan hiasan:
1 biji bawang besar holland-potong bulat
4-5 biji cili padi siam –ketuk kasar
Sebiji tomato hiris nipis
½ biji timun –potong kiub/panjang
Sedikit nanas – potong kiub/nipis
Garam/gula/aji

Cara masak:
1. Ikan digoreng dgn garam & kunyit –kalau suka boleh letak sedikit tepung jagung
2. Tumis bawang putih & halia
3. Masukkan air, sos cili & sos tomato
4. Biar mendidih, masukkan timun & nanas (sayuran boleh ganti jagung muda/cauliflower)
5. Masukkan gula, garam aji….sesuaikan rasa (masam+manis)
6. Masukkan hirisan bawang besar holland, tomato, dan cili padi. Jgn lama, dan tutup api.
7. Tuangkan kuah diatas ikan goreng.

Nota: tak letak timun, nanas, atau apa2 sayur pun tak apa

1 thought on “Resepi Ikan Sweet Sour”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *