Resepi Cara Buat Ikan Belacan Bakar

IKAN BELACAN BAKAR

BAHAN-BAHANNYA:

1. 8 ekor ikan. Sukati U all nak ikan ape pun. Ikan bilis pun boleh. Jangan lupa siang tau… malam pun ok gak.

2. 8 inci belacan di bakar dan 88 biji cili api.

3. 1 guni bawang merah. Gunakan 8 biji sahaja dan selebihnya tanam kat belakang rumah ye.

4. 3 peket garam halus. 2 peket tabur kat sekeliling rumah supaya rumah selamat tak masuk ular.

5. Sebotol minyak masak untuk disapu pada ikan supaya rambutnya tumbuh lebat.

6. Daun pisang nak balut ikan.. kalau takde.. bandage pun boleh.

==========

Ikan yang telah siap disiang sapukan minyak agar kulitnya kelihatan cantik menawan. Kemudian U all tumbuk 18 biji cili api sampai U all naik berapi dan setelah lumat, tumbuk pula 8biji bawang merah dan ditumbuk dengan 8inci belacan bakar sampai semuanya sebati. Tak sebati lagi kan? ye la garam tak campur lagi. Pastu, campur garam bagi sebati. Biarkan 2-3minit dan gunakan masa tersebut untuk masak nasik.

Sekarang bahan-bahan yang telah U all tumbuk sumbatkan pada mana2 bahagian yang terbuka pada ikan. Kalo ader yang menyibuk, sumbat kat mulut diorang skali. Kemudian bungkus ikan dengan daun pisang dan bakar dalam periuk pembakar. Kalau takde guna jaring besi pun boleh. Sementara menunggu ikan bakar masak, panaskan minyak dalam kuali. Pecah 2biji telor ke dalam kuali. Angkat bila dah masak. Nasik yang dah masak campurkan dengan telor, bubuh kicap sikit dan U all boleh makan sekarang. Manakala ikan bakar sumbat yang dah hangus sebab korang tak jaga tadi jadikan perhiasan di atas meja makan U all. Hehehe.. selamat makan

1 thought on “Resepi Cara Buat Ikan Belacan Bakar”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *