Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Bahan-bahannya:

Ayam
Santan
Cili Padi – blend
Kunyit hidup – blend
Daun kunyit
Serai-diketuk
Asam keping
Garam

Cara memasak:

Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.

Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.

Bagi yang suka pedas boleh letakkan  cili padi/api lebih.

Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi sgt. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak..

Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.

13 thoughts on “Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan”

  1. Aden telah mencuba resepi ni dari my babysitter..org nogori n9..mmg sodap…wlupun den bkn orng nogori…den mmg peminat mknn org nogori…polik bonar…tapi itulah hakikatnya….

  2. Alhamdulillah. Menjadi.Puas hati sangat.First time masak lemak cili api ni.Thanks for sharing.

  3. Fs time try resepi ni..dgr ayh puji masak sdap.bkn sng nk dgr ayh puji msak sdap..tq 4 resepi ni ye sis..hehe

  4. mcm tak iklas je. ayam berapa kilo? cili api berapa lori? serai banyak mana? santan berapa biji kelapa?…… sukatan ramuan rasanya sangat penting untuk sesuatu masakan. bagilah sukatan yang tepat!!!!

  5. Salam…kalau xde tu…kena pandai2 sendiri lah . .setengah owg xsama selera nya…kalau ayam sebelah ambik lah serai sebatang kunyit idung 2.3 ketul..cili agak2 nak pedas leh lah letak bnnyak…semua ni sukata. Sendirian je..agak2 sendiri

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *