Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Lazat Dan Sedap

Ayam Goreng Kunyit

BOSAN asyik beli makanan Ayam goreng kunyit di kedai, sekali sekala masak hidangan ringkas di rumah juga satu cadangan menarik untuk dicuba.
Rasanya, hari ini terdapat pelbagai resipi masakan ringkas, tanpa perlu membeli keperluan bahan masakan yang banyak.

Ayam goreng kunyit, antara resipi mudah yang boleh anda cuba kerana penyediaannya ringkas dan cepat, iaitu kira-kira 15 minit untuk dihidangkan

Bahan-bahan

* Daging ayam – 500 gram (g)
* Bawang putih – enam ulas
* Halia – setengah inci
* Stok ayam – satu sudu teh
* Serbuk perasa – secubit
* Garam – secubit
* Serbuk Cili – secubit
* Kunyit serbuk – satu sudu teh
* Tepung jagung – satu sudu teh
* Gula – secubit
* Bawang besar (potong bulat)
* Kacang panjang (potong memanjang)
* Lobak (potong memanjang)

(hidangan untuk empat hidangan)

Langkah demi langkah

1) Gaulkan isi ayam dengan semua bahan itu dan goreng dengan api sederhana.
2) Masukkan bawang dan masak bersama ayam.
3) Kemudian campurkan lobak dan masak lebih kurang dua hingga tiga saat.
4) Selepas itu, masukkan pula kacang panjang dan terus goreng menggunakan api kecil.
5) Angkat bahan digoreng itu dan tos minyak.
6) Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

INFO:

Penggunaan tepung jagung menjadikan ayam rangup
Kawal api untuk dapatkan tekstur ayam kekuningan dan rangup.
Boleh juga ditukarkan ayam dengan daging lembu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *