Rashid Dakwa Dirinya Tunang Wawa Zainal

perkahwinan wawa zainal

Individu yang dikenali hanya sebagai Rashid yang mendakwa dirinya sebagai tunang Wawa Zainal itu tersiar dalam sebuah akhbar baru-baru ini.

Bagaimanapun Wawa tidak menafi atau mengiyakan status dirinya yang dikatakan masih ‘tunang orang ‘ seperti yang didakwa Rashid, namun dia mempunyai sesuatu untuk dijelaskan kepada umum berhubung isu tersebut.

Berikut penjelasan Wawa Zainal

Sebenarnya saya tidak mahu memberi apa-apa komen berkaitan dengan isu ini kerana saya sendiri juga tidak tahu untuk menjelaskan keadaan kami. Ini kerana perbincangan tersebut (hubungan) berlaku antara ibu bapa saya dan juga ibu bapa pihak lelaki itu.

Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini? Secara jujurnya, saya mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini daripada anak kami. Cuma, Aeril, buat masa ini, dia masih berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga tidak keluar rumah kecuali untuk penggambaran

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *