Raja Nazrin Sultan Perak ke 35

sultan perak

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada istiadat pengisytiharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah pada pukul 3.15 petang.

“Dengan pilihan dan persetujuan, Dewan Negara Perak pada 28 Mei 2014 menetapkan, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menjadi ganti Sultan,” katanya.

Pengisytiharan itu memberi gelaran baharu kepada Raja Nazrin Shah, 58, iaitu Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Nazrin Shah yang merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah menggantikan ayahanda baginda yang mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur kelmarin.