Proton Perdana Baru Untuk Kenderaan Rasmi Kerajaan

proton perdana baru

Perdana Menteri Najib Razak hari ini melancarkan Proton Perdana Baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Sumber < http://www.hmetro.com.my/articles/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *