Program Dana KCM Bantuan Bagi Pelajar Lepasan PMR Dan SPM

PBSMR

Sebuah syarikat bumiputera, KCM memperkenalkan dana khas bertujuan membantu murid lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah program Dana KCM.

Pegawai Ketua Eksekutif Dana KCM, Dr. Nazim Abdul Rahman berkata, atas keprihatinan pihaknya, Dana KCM diperkenalkan untuk menyalurkan wang pendahuluan belajar secara percuma kepada murid yang layak.

Menurutnya, dana yang diperkenalkan sejak 2010 itu membolehkan murid mengemukakan permohonan secara atas talian tanpa perlu melalui prosedur permohonan yang kompleks dan syarat-syarat yang ketat.

“Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan wang pendahuluan belajar dalam lingkungan RM100 hingga RM10,000 secara percuma tanpa perlu membayar balik atau terikat dengan mana-mana pihak termasuk Dana KCM sendiri,” katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dana KCM dibuka sepanjang tahun untuk lepasan PMR (kursus sijil kemahiran) dan SPM tanpa mengira tahun peperiksaan diambil,” katanya.

Murid yang berminat boleh memohon melalui laman web www.danakcm.my dan mendaftar pada borang permohonan secara atas talian.

Pihak Dana KCM akan menghubungi pemohon mengenai status permohonan atau pemohon boleh membuat semakan dengan menghubungi talian 03-22825006, 03-22825009, 012-7122070 atau 012-5592070.

Selain itu, pemohon boleh berkunjung ke pejabat KCM di 17-6 & 19-6, Tingkat 6, The Boulevard Offices, Mid Valley City di Kuala Lumpur.

Sumber http://www.utusan.com.my/

2 thoughts on “Program Dana KCM Bantuan Bagi Pelajar Lepasan PMR Dan SPM”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *