Program Bantuan Pengajaran Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright Dilanjutkan

Program ETA Fulbright

PUTRAJAYA: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju melanjutkan Program Bantuan Pengajaran Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright untuk tiga tahun lagi dalam usaha meningkatkan interaksi rakyat dengan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden AS Barack Obama menyatakan demikian dalam kenyataan bersama dikeluarkan di sini hari ini selepas mesyuarat dua hala di Seri Perdana sempena lawatan tiga hari Obama ke Malaysia bermula semalam.
Program ETA Fulbright yang bermula di Malaysia pada 2005 menjadi program persekutuan yang dibiayai kerajaan AS dan Malaysia susulan pertemuan antara Obama dan Najib pada 2010.

“Menyamakan semangat program ETA Fullbright dengan program Kor Keamanan yang sudah dilaksanakan selama dua dekad di Malaysia, Perdana Menteri Najib dan Presiden Obama mengumumkan kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat telah melanjutkan Program ETA Fullbright untuk tiga tahun lagi,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, sebagai mengiktiraf hubungan rakyat dengan rakyat sebagai asas hubungan dua hala yang kukuh, kedua-dua pemimpin menyatakan hasrat untuk memupuk pemahaman lebih baik, semangat muhibah dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

– BERNAMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *