Pinjaman Peribadi Terendah

Bagi bakal peminjam yang ingin membuat pinjaman di mana-mana institusi kewangan, terdapat beberapa kaedah yang dilaksanakan oleh institusi kewangan untuk melihat kelayakan seseorang peminjam sebelum sesuatu pinjaman itu diluluskan. Berikut disenaraikan beberapa kaedah penapisan yang dibuat agar dapat memastikan peminjam yang berkelayakkan sahaja mendapat kelulusan pinjaman. Sumber -Pelbagai

Terdapat dua institusi kewangan yang menawarkan payout 100% iaitu Co Share Holding (koperasi) dan BSN.

Walau bagaimanapun, hampir semua institusi kewangan akan memeriksa CCRIS dan CTOS bakal peminjam bagi melihat kelayakan peminjam. Terdapat juga institusi kewangan yang masih juga memberi pinjaman sekiranya didapati CCRIS dan CTOS mempunyai rekod pinjaman yang kurang baik dibawah RM30,000.

Dari segi kadar faedahnya pula, ia masih berbeza tetapi bagi 1-3 tahun pertama, BSN dan Bank Rakyat mampu memberi kos yang agak murah berbanding institusi yang lain pada kadar 3.15% dan 3.25%.

Tempoh 3-20 tahun berikutnya, tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi faedah yang ditawarkan oleh semua institusi kewangan termasuk koperasi.

Apa yang penting sekali untuk ingatan peminjam ialah beberapa perkara berikut:

(i) Berapakah kadar bayaran insuran yang dikenakan apabila pinjaman diluluskan. Bayaran ini terpaksa ditanggung oleh peminjam secara one-off sewaktu ia diluluskan. Ia akan sedikit membebankan peminjam sekiranya ia tidak diterangkan secara terperinci oleh institusi kewangan dan koperasi.

(kenapa perlu membayar additional insuran sedangkan anda mempunyai life insurance yang sedia ada??? Satu cara nak buat duit mudah oleh conspiracy of the rich!!!)

(ii) Adakah terdapat yuran pemotongan koperasi kerana ia juga boleh membebankan peminjam yang terpaksa membayar yuran setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman. Walaupun payout 100%, pastikan tidak ada hidden cost seperti ini yang akan memberi kesan mendalam sepanjang tempoh meminjam. Contoh ketara conspiracy of the rich!!!Free rider, Vested Interest!!!

(iii) Pastikan anda sedar yang mungkin terdapat beberapa processing fees, stamping fees dan kos-kos lain yang perlu ditanya dan diberi penjelasan terperinci sebelum anda meminjam. anda terpaksa membayar semua kos ini!!!

(iv) Elakkan dari membuat pinjaman dengan jumlah yang terlalu besar. Contohnya sekiranya anda layak meminjam RM100,000, buatlah pinjaman dalam tempoh 5 -6 tahun dahulu bagi jumlah yang lebih kecil seperti RM30K. Kemudian, kalau tak cukup boleh lah buat overlapping. Janganlah dok komit nak bayar RM100K dahulu sehingga ambik masa selama 20 tahun. Letih woo nak bayar…

Pastikan anda faham bahawa pinjaman dibuat untuk pelaburan…bukan untuk shopping!!!Good Debt!!!Not Bad Debt!!!

Selamat berhutang!!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *