Pinjaman Mikro-i Ramadan dilancar

i ramadhan

Golongan peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM3,000 sebagai modal perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 untuk mereka berniaga pada bulan Ramadan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim pembiayaan mikro tanpa faedah yang diuruskan oleh Bank Rakyat itu melibatkan peruntukan sebanyak RM45 juta.

Beliau berkata, peniaga dan penjaja kecil yang berminat untuk mendapatkan pinjaman itu perlu mengemukakan permohonan selewat-lewatnya seminggu sebelum Ramadan.

“Tempoh bayaran balik pula ialah 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal sementara bakinya sebulan selepas Syawal,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *