Petua Menghilangkan Parut Jerawat

Pada usia remaja mungkin kurang mengalami masalah ini tetapi apabila umur meningkat lewat 20-an mulalah parut jerawat akan mula susah untuk hilang disebabkan oleh kulit menjadi lebih kering dan matang. Oleh itu di sini saya ingin berkongsikan beberapa petua bagi menghilangkan bekas Jerawat pada muka.

Petua tradisional menghilangkan parut jerawat. Ini adalah petua tradisional petua menhilangkan parut jerawat pada muka..

  • Tumbukkan beberapa batang kulit kayu manis hingga menjadi serbuk kemudian campurkan dengan sedikit air dan sapukan pada muka setiap hari .
  • Boleh juga mencampurkan serbuk kulit kayu manis itu bersama madu dan dijadikan masker sebelum tidur kemudian cuci keesokkannya menggunakan air suam.
  • Timun di kisar mengunakan mesin pengisar kemudian tapir airnya dan di maskerkan pada muka selama lenih kurang 30 minit. Kemudian di cuci bersih.
  • Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. kisar haluskan semuanya dan sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  • Hancurkan beberapa helai daun sirih muda ( di tumbuk atau di kisar) kemudian tempelkan pada muka sehingga kering dan bersihkan. Lakukan tiga kali seminggu.

1 thought on “Petua Menghilangkan Parut Jerawat”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *