Petua Menghilangkan Bau Peti Ais

Petua 1

Bersihkan peti ais terlebih dahulu. Tutup suis dan keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais. Gunakan tuala basah untuk lap keseluruhan bahagian dalam peti ais. Biarkan kering.

Setelah kering, masukkan semula semua bahan dalam peti ais. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam bekas kecil tanpa penutup dan masukkan ke dalam peti ais. Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar.

Petua 2

Letakkan beberapa kepingan kulit nanas di dalam peti sejuk anda. Seeloknya pada setiap tingkat atau bahagian. Biarkan selama beberapa hari sehingga ia kecut lalu gantikan dengan kepingan kulit nanas yang baru.

Petua 3

Cara paling mudah untuk menghilangkan bau ini ialah dengan meletakkan seketul arang dan beberapa hiris buah limau purut. Insyaallah bau itu akan hilang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *