Petua Kecantikan – Menghilangkan Kelemumur

kelemumur

Kelemumur menyebabkan kulit  kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk menghilangkan kelemumur adalah:

1.Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2.Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

3.Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Selamat Mencuba!

1 thought on “Petua Kecantikan – Menghilangkan Kelemumur”

  1. Assalamualaikum…
    Saya di sini nk kongsikan tentang tips penjagaan rambut khas untuk mereka yang melakukan rebonding di:

    Elakkan Rambut Rosak akibat rebonding

    Semoga sukses. Tq.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *