Permohonan UITM Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Mac 2015

uitm

Permohonan UITM Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Mac 2015. Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA
WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui
http://online.uitm.edu.my bermula 29 September 2014
(Isnin).
2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan
program yang ingin dimohon di
http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014
3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank
Simpanan Nasional (BSN) bermula 29 September 2014
(Isnin) hingga 3 November 2014 (Isnin) dengan
menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan
wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS
Banking.
(No. Slip yang dibeli sebelum 29 September 2014 (Isnin)
adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
4. Sila nyatakan Peringkat Program (SARJANA MUDA/
PENERAPAN/PROFESIONAL/PLK) seperti jadual di bawah
semasa pembelian No. Slip di BSN.
5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang
dibeli sebelum meninggalkan kaunter. TIADA
PEMULANGAN BAYARAN sekiranya berlaku sebarang
kesilapan pembelian No. Slip.

SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:
1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup
permohonan.
2. Bumiputera Warganegara Malaysia.
3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program
dipohon.
4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah
atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah
terhadapnya.
5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT
TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Sumber: http://online.uitm.edu.my/doc/A2Poster_IKLANSesi214-15ii.pdf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *