Permohonan Skim MyDeposit 2018 Online

skim mydeposit

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman.

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka untuk rakyat Malaysia. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit

KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah
  • Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain)
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan; dan
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli

​KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale)
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan

DOKUMEN SOKONGAN

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan

Cara Memohon Skim MyDeposit 2018 Online

Permohonan baru Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) akan dibuka pada tahun 2018. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Cara Daftar Borang Permohonan MyDeposit 2018 Rumah Pertama

1. Permohonan mestilah dibuat secara online menerusi http://kpkt.gov.my/sprn/

2. Pemohon wajib memuat naik (Upload) semua dokumen yang diperlukan seperti;

– Kad Pengenalan Pemohon
– Kad Pengenalan Pasangan
– Salinan Kad Pengenalan Anak/ Tanggungan
– Salinan Surat Nikah
– Penyata Gaji terbaru individu
– Penyata Gaji terbaru pasangan
– Penyata KWSP atau cukai pendapatan individu
– Penyata KWSP atau cukai pendapatan pasangan
– Bagi bekerja sendiri, sila buat akuan bersumpah mengenai gaji bulanan individu atau pasangan bekerja sendiri
– Surat pengesahan majikan. Maklumat diperlukan adalah status perkahwinan, status pekerjaan dan tempoh perkhidmatan.
– Surat pengesahan OKU
– Surat pengesahan daripada pemaju atau penjual
– Surat laporan CCRIS (boleh dapatkan di Bank Negara atau rujuk http://www.ctoscredit.com.my/

Nota: Kesemua dokuman diatas wajib di “Scan” menggunakan computer dan upload ke laman web KPT secara online.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *