Permohonan Matrikulasi sesi 2011/2012

Permohonan ke Matrikulasi sesi 2011/2012 telahpun diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Permohonan telah dilanjutkan daripada 10 Oktober sehingga 30 November ini.Bermakna semua calon-calon SPM tahun 2010 masih lagi berpeluang untuk mengemukan permohonan,bagi mengikuti program tersebut.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman we yang disediakan, iaitu di http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi . Pemohon juga boleh menyemak Status Permohonan, Syarat Program & Kelayakan Minimum, Panduan Mengisi Borang dan kemudahan Kemaskini permohonan Melalui Internet.

Ibu bapa boleh juga menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844036/4040 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *