Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Program Kasih Ibu Smart Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40)

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless)

MANFAAT KAD KISS

​Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah ratus
8. Tepung
9. Minyak masak
10. Sayur-sayuran
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
15. Barangan persekolahan – kasut, beg,buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

​Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Pendaftaran Dan Permohonan  Kasih Ibu Smart Selangor

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan
3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

CARA MENDAFTAR

​Akan datang Secara atas talian : menerusi laman web www.kiss.com.my; atau

​Secara manual : borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di :

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya

Muatturun Borang Pnedaftaran KISS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *