Pentingnya Merancang Tabung Pendidikan Anak Anda

Adakah ibu bapa luar sana terfikir simpanan untuk anak-anak? Jika anda terfikir dan membuat simpanan masa depan anak-anak ia satu tindakan yang bijak.

Kini semuanya memerlukan wang. Contohnya untuk melanjutkan pelajaran anak. Beberapa tahun yang dulu, kos mendapatkan ijazah di universiti tempatan hanya memerlukan RM16 ribu. Pada ketika itu amat mudah mendapat bantuan pinjaman mudah alih (ke biasiswa) daripada badan kerajaan. Sekarang jumlah yuran agak mahal. Boleh buat pinjaman namun kemudian setiap bulan selepas tamat belajar akan dibebankan pula untuk membayar hutang pinjaman. Bayangkan 10 ke 20 tahun dari sekarang, tentu sekali jumlah yuran yang perlu dibayar berlipat kali ganda dari sekarang.

Tidak semestinya juga untuk melanjutkan pelajaran anak-anak, jika anak-anak tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh dijadikan modal untuk memajukan diri seperti modal perniagaan. Atau mungkin untuk kenduri kahwin anak jika anda sudah memikirkan untuk membuatnya secara besar-besaran!

Bentuk simpanan? Terdapat pelbagai simpanan yang boleh dibuat seperti simpanan di bank, insurans, tabung haji, amanah saham atau di syarikat/badan-badan yang boleh dipercayai untuk menyimpan. Anda perlu perlu berdispiln tidak mengeluarkan duit berkenaan jika simpanan melalui bank atau badan seperti tabung haji. Jika anda mengetahui mengenai cara simpanan yang memberikan keuntungan yang lebih dengan membuat perbandingan, jumlah yang anda simpan akan lebih banyak. Cuma bagi kita semua untuk umat Islam perlu ambil kira juga halal haram.

Simpanan bergantung pada kemampuan ibu bapa. Jika simpanan melalui bank yang boleh dibuat mengikut kemampuan tidak menjadi masalah. Namun untuk simpanan dengan pihak seperti insurans yang mana kita telah tetapkan berapa simpanan setahun, perlu berhati-hati. Kadang kala kita terpengaruh dengan pihak tertentu untuk menyimpan sekian banyak namun tidak mampu.

Contohnya dengan pihak insurans mereka mempunyai peraturan tidak boleh mengeluarkan dalam tempoh tertentu. Jika keluar wang berkenaan sebelum tempohnya kita tidak akan dapat semula wang simpanan atau hanya dapat beberapa peratus sahaja dari simpanan. Tentu merugikan jika simpanan dibuat kemudian tidak mampu meneruskannya.

Untuk mereka yang belum mempunyai simpanan untuk anak-anak, mula fikirkannya dan ambil tindakan segera!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *