PENGAMBILAN INSPEKTOR DAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS 2014

polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak akan melaksanakan eksesais pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (Walk In-Interview) di seluruh negeri Perak bermula bermula dari 2 hingga 6 September 2014.

Calon-calon yang berminat dijemput hadir pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan seperti berikut:-

IPD MANJUNG
TARIKH – 02-03/09/2014 (SELASA & RABU)
TEMPAT – RUMAH PERKEP, IPD MANJUNG

IPD PERAK TENGAH
TARIKH – 04/09/2014 (KHAMIS)
TEMPAT – DEWAN KELAB POLIS, IPD PERAK TENGAH

IPD IPOH
TARIKH – 05-06/09/ 2014 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT – KOMPLEKS LATIHAN/SUKAN IPK PERAK, PASIR PUTEH

IPD KERIAN
TARIKH – 02/09/ 2014 (SELASA)
TEMPAT – BILIK MAKLUMAT BALAI POLIS BAGAN SERAI

IPD KUALA KANGSAR
TARIKH – 03-04/09/ 2014 (RABU & KHAMIS)
TEMPAT – BILIK GERAKAN IPD KUALA KANGSAR

IPD BATU GAJAH
TARIKH – 05/09/2014 (JUMAAT)
TEMPAT – MES PEGAWAI KANAN IPD BATU GAJAH

IPD SG. SIPUT
TARIKH – 06/09/2014 (SABTU)
TEMPAT – PEJABAT SSP IPD SG. SIPUT

IPD PENGKALAN HULU
TARIKH – 02/09/2014 (SELASA)
TEMPAT – BILIK MESYUARAT IPD PENGKALAN HULU

IPD GERIK
TARIKH – 03/09/2014 (RABU)
TEMPAT – BILIK GERAKAN CAW. KHAS IPD GERIK

IPD SELAMA
TARIKH – 04/09 2014 (KHAMIS)
TEMPAT – BILIK LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN IPD SELAMA

IPD TAIPING
TARIKH – 05-06/09/ 2014 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT – BILIK CAW. HEMODIALISIS IPD TAIPING

IPD TANJONG MALIM
TARIKH – 02/09/2014 (SELASA)
TEMPAT – DEWAN BUNGA TANJUNG IPD TG. MALIM

IPD HILIR PERAK
TARIKH – 03-04/09/ 2014 (RABU & KHAMIS)
TEMPAT – BILIK MESYUARAT LOGISTIK IPD HILIR PERAK

IPD KAMPAR
TARIKH – 05/09/2014 (JUMAAT)
TEMPAT – RUMAH PERKEP IPD KAMPAR

IPD TAPAH
TARIKH – 06/09/ 2014 (SABTU)
TEMPAT – DEWAN KOMPLEKS PERUMAHAN IPD TAPAH

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

1.JAWATAN INSPEKTOR SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA:

– ELAUN PENUGASAN
• Elaun penugasan RM 7.80 sejam

– SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Warganegara Malaysia.
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan:
• Telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Kor SUKSIS).
• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
• Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

2. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA

– ELAUN PENUGASAN
• Elaun penugasan RM 6.00 sejam

– SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan:
• Tamat SPM atau setaraf dengannya.
• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
• Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

– KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm
• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg
• Mempunyai penglihatan yang baik;
• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;
• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.