Penerima Skim Bantuan BR1M 2014 Dilindungi Insurans iBR1M

pinjaman

Khairat kematian RM30,000 dibayar mulai 2014

Kira-kira 5.9 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M 2014 ) akan menerima manfaat khairat kematian RM30,000 menerusi caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (iBR1M) bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata pihaknya kini dalam proses rundingan dengan beberapa konsortium syarikat insurans untuk tujuan itu.
Bela kebajikan rakyat

“Langkah kerajaan untuk menyediakan kemudahan insurans ini bertujuan membela kebajikan rakyat, khususnya kepada penerima BR1M sekiranya mereka ditimpa sebarang kejadian tidak diingini seperti kematian atau hilang keupayaan untuk bekerja.

“Insurans ini akan diperluaskan kepada semua penerima BR1M bermula tahun depan.
Bagaimanapun, penerima BR1M kategori individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 tidak layak,” katanyaselepas menghadiri Karnival Keusahawanan dan Khidmat Masyarakat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dataran Datuk Jalok, Benut di sini, semalam.

Ketika membentangkan Bajet 2014 pada bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan menaikkan nilai BR1M, memperluaskan pemberiannya dan mencadangkan i-BR1M dengan peruntukan RM4.6 bilion yang dijangka memanfaatkan 7.9 juta penerima.

Perdana Menteri berharap i-BR1M memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

5 thoughts on “Penerima Skim Bantuan BR1M 2014 Dilindungi Insurans iBR1M”

  1. suami saya merupakan salah seorang penerima br1m sejak ianya mula diperkenalkan. pada tahun lepas, beliau telah berlanggar dengan sebuah kereta yang tidak memberi isyarat signal ketika sedang menunggang motosikal. sehingga kini kakinya mengalami kesakitan dan tidak boleh bekerja kuat. untuk makluman, beliau bekerja sendiri dan jika tidak boleh bekerja kerana kesakitan itu, maka tidak akan ada pendapatan. adakah ini boleh dikira sebagai ‘hilang upaya kekal’?

  2. Noorazimah Mohamad Hashim

    Bapa saya baru meninggal tahun 2014 January yg lalu..adakah dia mendapat bantuan lindungan insurans I-BR1M

  3. Slm..bapa saudara saya baru meninggal awal tahun 2014…adakah dia mendapat insurans IBR1M??? mohon penjelasan dari pihak tuan…

  4. bagaimana dng perolihan pefadntaran perkerja asing 6p.berapa kutipanhasil kpd kerajaan.Dan adakah projek tersebut berjaya.apayg saya tahu projek tersebut gagal pada kerajaan dan mmemberi keuntongan pada kroni dan pehak tertetu yg bernaung dibawah kementerian dalam negeri dan agensi yg oli h KDN .Kerajaan pula terpaksa menanggong perbelajaan mengurus yv besar.majikan dan perkerja asing (pati) terpaksa menanggong kerugian yg besar akibat amamlan rasuah olih penjawat awam dan agensi yg di lantik.ini akan menjadi isu antara bangsa dan aka mengancam keselamatan negara.ini disebabkan projek tertersebut tidak mengikut matlamat asal program.t.kasih mohon datuk sri pandang serius dlm pekara ini.yg kecewa terlalu ramai.

  5. Norhaliza Mohd Harun

    2 mggu yg lepas tok saya meninggal dunia.Emak saudara saya ada pergi ke incometax off di Sg Petani utk bertanyakan pasal khairat kematian br1m.Mereka maklumkan tok saya xentitle utk khairat sedangkan tok saya memang penerima br1m.tlg jelaskan supaya sy faham

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *