Pemilik Video Ucapan Hari Raya Bersama Anjing Kena Tangkap

video anjing

Wanita yang didakwa terlibat membuat video kontroversi menyambut hari raya bersama tiga ekor anjing, Chetz Yusof atau nama sebenarnya Maznah Mohd. Yusof, 38, direman selama empat hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi memberitahu, perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat, Mohd. Anuar Ostadi.

“Maznah ditahan reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif mebabitkan agama,” katanya ketika dihubungi semalam.