Pelajar Tahfiz Kok Lanas Mati Dibunuh Di Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman

pelajar tahfiz

Mayat seorang Pelajar Tahfiz lelaki ditemui tergantung dalam keadaan separuh bogel di sebuah bilik air asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman (MTSNA) Kok Lanas dekat sini.

Mayat Pelajar Tahfiz ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi oleh penyelia asrama, Zul Atfi Muhammad, 37, ketika membuat rondaan di sekolah itu bersama pengetua sekolah, Ahmad Pakharudin Deraman, 45.

“Kami terhidu bau busuk dari salah satu bilik air di asrama berkenaan yang mempunyai 10 pintu sebelum ternampak mayat seorang remaja lelaki tergantung.

“Saya segera memanggil beberapa pelajar untuk memanjat dinding bilik air tersebut bagi membuka pintu yang terkunci dari dalam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan yang dibuat turut mendapati kesemua pelajar SPM masih ada di asrama, malah pelajar dan kakitangan juga tidak mengenali mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Laporan Bedah Siasat

Laporan bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati terdapat kesan tikaman pada perut mangsa. Pelajar itu juga disahkan sudah meninggal dunia pada 72 jam yang lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat mangsa. Mangsa turut dipercayai dibunuh sebelum digantung dalam tandas asrama terbabit.

Pihak keluarga mangsa berharap agar tiada pihak yang melemparkan tomahan bahawa anak mereka yang juga pelajar Tahfiz telah membunuh diri.