Pegawai Bank Ambank Norazita Abu Talib Kena Tembak Di Subang Jaya

Norazita-Abu-Talib

Seorang pegawai operasi sebuah bank di sini, maut ditembak dalam satu kejadian rompakan oleh pegawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2, petang tadi.

Norazita-Abu-Talib

Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, yang sudah berkhidmat 16 tahun dengan bank berkenaan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek.

Ketika kejadian, mangsa bersama suspek berusia 37 tahun serta tiga lagi pekerja wanita bank berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.

pegawai-bank-ditembak-mati2

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek yang berjaya mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Kepada yang muslim yang dah baca post ini jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa..AL-FATIHAH..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *