Panduan Keluarkan Duit KWSP i Lestari

KWSP

Cara Keluarkan KWSP Akaun 2 Bantuan COVID-19 / i-Lestari

 

Semua pencarum KWSP yang berumur 55 tahun kebawah dibenarkan memohon i-Lestari. RM500 yang diberikan setiap bulan akan diambil daripada Akaun 2 masing-masing.

Had pengeluaran maksimum ialah RM500 sebulan selama setahun. Walau bagaimanapun, jika anda tak mahu keluarkan RM500 pun boleh kerana had minimum ditetapkan adalah RM50.

Sekiranya permohonan anda lulus, maka anda akan terima RM500 sebulan selama 12 bulan sehingga Mac 2021. Ia menjadikan jumlah tunai yang anda terima diakhir i-Lestari adalah RM6000.

Dalam hal yang berkaitan, pencarum yang ingin memohon perlulah melihat baki Akaun 2 masing-masing. Jika tak mencukupi untuk dikeluarkan, permohonan anda akan ditolak.

Begitu juga dengan baki tidak cukup semasa i-Lestari berjalan, maka anda akan terima apa yang ada dalam Akaun 2, sehingga licin.

Satu perkara yang perlu anda tahu. Sekiranya anda mula mendapat tunai melalui i-Lestari, anda tak boleh berhenti ataupun ubah tunai yang ingin dikeluarkan sehingga program tamat.

KWSP akan mengkreditkan tunai masuk ke akaun bank yang didaftarkan semasa anda memohon i-Lestari.

i lestari kwsp online

Bagaimanakah cara-cara untuk memohon?

1. Permohonan secara atas talian

Kaedah yang paling mudah dan disyorkan adalah memohon secara dalam talian melalui i-Akaun Ahli. Hanya pergi ke portal rasmi, log masuk ke i-Akaun anda, kemudian pergi ke bahagian “Pengeluaran”. Opsyen i-Lestari akan tersedia mulai 1 April.

KWSP baru sahaja melancarkan portal rasmi iLestari bagi memudahkan urusan permohonan baru / semakan status permohonan.

Info lanjut sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my

2. Penghantaran emel

Sebagai alternatif, anda boleh menghantar borang melalui mailto:[email protected]

3. Penghantaran melalui pos

Pilihan terakhir adalah menghantar borang melalui perkhidmatan pos. Semua aplikasi mesti dialamatkan kepada:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya.

Anda juga diminta untuk menulis: (Perhatian kepada: i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Menurut KWSP, mereka menggalakkan anda untuk membuat permohonan secara atas talian bagi mendapatkan kelulusan lebih cepat kerana pilihan e-mel dan pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk pengesahan. Sayangnya, untuk ahli bukan KWSP Malaysia, anda hanya boleh memohon melalui e-mel atau pos.

Permohonan boleh dibuat pada 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus layari laman web rasmi KWSP di

KWSP baru sahaja melancarkan portal rasmi iLestari bagi memudahkan urusan permohonan baru / semakan status permohonan.

Info lanjut sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *